Wednesday 14 August 2013

Biar Perkasa ‘Berembat’ Dengan Paklah, UMNO Jangan Masuk Campur

August 14, 2013   ·   6 Comments
perkasa
KENYATAAN keras Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap mantan Perdana Menteri Paklah berhubung pandangan meleset beliau terhadap pertubuhan tersebut dalam buku Awakening: The Abdullah Years In Malaysia yang diterbitkan baru-baru ini sepatutnya dikekalkan ke tahap itu sahaja.
UMNO tidak perlu masuk campur.
Walaupun penulis melihat Perkasa sudah masuk dalam perangkap yang dipasang Anwar Ibrahim dengan memberi komen yang begitu keras terhadap Paklah, tapi dalam masa yang sama, penulis juga melihat Perkasa ada keperluan untuk mempertahankan diri dari ’penipuan’ Paklah dalam buku tersebut.
Sengaja penulis coretkan begitu kerana ada besar kemungkinan kenyataan sebenar Paklah mengenai pertubuhan tersebut telah diselewengkan oleh kedua-dua penyuntingnya yang kita semua tahu ada kaitan rapat dengan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.
Penyunting buku tersebut, Dr. Bridget Welsh adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim dan pernah sama-sama mengajar di Universiti John Hopkins sementara James Chin adalah bekas pensyarah sebuah universiti dari Australia dan banyak terlibat memberi khidmat perunding kepada pembangkang terutama dalam menghadapi PRU13 yang lepas.
Bukti Kukuh: Bridget Walsh & Anwar Ibrahim Dalam Satu Majlis
Sebab itu penulis katakan UMNO jangan masuk campur.  Biarlah dia nak berembat macam mana pun, kita tunggu dan lihat perkembangannya macam mana sudah.
Sebab penulis tahu Anwar mahu UMNO beri respon kepada penerbitan buku tersebut, melihat kepada kenyataannya sebelum ini.  Anwar dalam mengulas mengenai penerbitan buku tersebut seperti dipetik media pro pembangkang pada 10 Ogos yang lepas, ”meminta agar UMNO mendengar kritikan Paklah terhadap parti tersebut”.
Apa besar Anwar nak mengarah-ngarahkan UMNO, itu cerita lain, yang penting sekarang, dari kenyataan itu sahaja jelas menunjukkan Anwar mensasarkan UMNO, bukan Perkasa!!
Kita semua tahu pembelit Anwar macam mana, dia tidak akan berehat selagi tidak melihat UMNO hancur atau dia sendiri padam.  Syaitan muka manusia ini memang kuat berdendam, maka itu UMNO perlu berhati-hati dalam menangani dakyahnya kali ini.

No comments: